Kanser/Hiv                                            Back to Main >>                                                   Arabic Hab. Sauda  

Recommend to others, maybe you will help them from suffering with illnesses.   ****** Sampaikan produk kami kepada yang lain, anda mungkin dapat membantu meraka dari terus menderita kerana sakit.

Medi-Herbs

Habbatus Sauda. Ganoderma

Lingzhi 50

 

Arabic Hab. Sauda

Al Mujarab Arab's Honey

Perfume (Minyak Wangi)

 

Email:  Tel:  90410134

Shops List

( VCO ) Myk Kelapa Dara

 

_________________________________________________________________________

                                                 Kenapa kita perlukan ubat gigi halal?

Ubat Gigi Cenkudu 100% halal >>

Didalam pasaran sekarang ini yang kita ketahui ada berbagai-bagai ubat gigi dengan jenama mereka masing-masing tetapi adakah kita tahu berapakah sahaja yang mempunyai label halal yang boleh digunakan untuk orang-orang Islam? hanya ada dua atau tiga jenis sahaja.  Contohnya ada dua sejenis ubat gigi yang sememangnya telah popular dan banyak digunakan oleh ramai orang termasuk masyarakat Islam tetapi tidak halal. Disini lah tanggungjawab kita kepada diri kita, keluarga dan saudara-saudara seiman dengan kita supaya dapat kita memberitahu kepada mereka semua untuk tidak menggunakan ubat gigi yang tidak ada jenama halal.

Kenapa penting kepada kita mengunakan ubat gigi yang ada label halal?

Apabila sesuatu jenama ubat gigi yang dijual yang tidak ada label halal maka sepatut kita semua tidak membeli dan mengunakannya kerana ia sebenarnya memang mengandungi bahan yang tidak halal. Makna Halal adalah sesuatu yang bersih lagi suci yang sedikit pun tidak mengandungi bahan yang kotor untuk tubuh kita. Sebenarnya dari segi kesucian sememangnya ia tersangat penting kerana apabila kita mengunakan ubat gigi dengan bahan yang tidak halal maka ianya telah melekat didalam mulut kita dan langsung memasuki ruang perut tubuh kita, bagaimanakah kita mahu mengukuhkan iman kepada diri jika setiap hari kita memasukan benda yang tidak halal dalam perut kita? Ramai daripada kita tidak menyedari akan hakikat ini kerana masyarakat Islam pada zaman ini terlalu mengambil mudah akan sesuatu yang bersangkut paut dengan hukum halal. Kita semestinya menyedari bahwa setiap yang haram yang kita ambil akan menjadikan bahan tersebut salah satu punca untuk diri kita diceburkan kedalam api neraka jahanam kelak.

Ramai orang Islam pada masa kini tidak memberikan perhatian didalam perkara ini, kita selalu menganggap ia sebagai sesuatu  perkara yang remeh temeh tetapi kalau kita mahu mengetahui,  banyak perkara yang boleh menjejaskan diri kita didalam ibadah kita kepada Allah s.w.t, umpamanya dalam solat kita, kita perlu membaca surah-surah dengan baik, hati kita perlu kusyuk supaya ibadah yang kita amal akan diterima oleh Allah swt. Bagaimana sebutan bacaan kita boleh menjadi baik, bagaimana hati kita boleh menjadi tenang dan puasa kita pada setiap bulan Ramadan boleh menjadi sempurna sekiranya kita masih mengunakan bahan yang tidak halal apabila setiap hari kita memberus gigi kita dengan bahan yang haram? Maka akan celakalah akan diri kita kelak apabila sakratul maut sudah sampai kepada kita. Bagaimana kita mahu mengucapkan Dua kalimah Sahadah dengan mudah apabila Malaikat Maut datang mahu mencabut nyawa sedangkan diri kita semasa hidupnya tidak memperdulikan apa yang kita guna dan kita makan? Nauzubillah min zalik.

Mudah-mudahan kita semua akan menyedari akan kelalaian diri kita sendiri dan dengan itu pula kita dapat mengalakan orang lain supaya mengunakan ubat gigi yang ada label halal sahaja yang telah disahkan oleh pihak Jabatan Ugama Islam Malaysia kerana untuk pihak di Singapura, mereka tidak akan menghebuhkan perkara seperti ini kerana semua kita orang Islam tahu bahwa mereka hanya terima gaji bulanan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan walau sekalipun mereka ada pangkat ustaz didalam jabatan tersebut, mereka tidak dapat membantu dalam banyak hal. Adakah wang gaji yang mereka terima itu halal sekiranya mereka itu tidak menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab?  Hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan semua perbuatan mereka dan hanya Dia yang akan memberikan pembalasan yang setimpal keatas orang-orang yang tidak menjalankan tugas mereka mengikut tuntutan Islam.

Sama-samalah kita doakan untuk mereka itu supaya mereka kembali menjalankan tugas kepada seperti yang diharapkan bagi kebajikan masyarakat Islam di Singapura keseluruhannya. Insya Allah.

Semoga kita dapat sama-sama pula berkongsi untuk sampaikan maklumat mengenai ubat gigi yang tidak halal kepada saudara-saudara kita yang lain dan manakala kita ini sudah mengetahui, maka berdosalah jika kita tidak menjalankan salah satu tuntutan di dalam Islam. Sesungguhnya berusaha kearah menghentikan perkara yang mungkar itu adalah menjadi tugas dan kewajiban kepada setiap kita sebagai umat Islam kerana di dalam sebuah hadis sahih Nabi s.a.w. bersabda "Ugama itu adalah nasihat".

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sekian.

Terima kasih. 

Dari Webmaster.