Cancers/Hiv                                For English Click to the names of products                           Al Farasi Black Seed Oil

Recommend to others, maybe you will help them from suffering with illnesses.   ****** Sampaikan produk kami kepada yang lain, anda mungkin dapat membantu meraka dari terus menderita kerana sakit.

Medi-Herbs

ProCure

Habbatus Sauda Ganoderma

Lingzhi 50

Arabic Habbatus Sauda

 Krim Taming Sari (VCO) Minyak Kelapa Dara

Minyak Wangi

Email:  Tel: +65-90410134

Shops List

Kunyit Hitam (Black Tumeric)

Power Water 

Testimoni: Pengakuan sebenar daripada pengguna Produk Lingzhi  >> klik disini ________________________________________________________________________________   

                         

                                     Al Mujarab Madu Asli Arab/Madu Asli Nusantara/Madu Kelapa Asli

Al Mujarab Madu Asli Arab adalah madu yang bermutu dan punya khasiat yang baik. Madu ini dapat membantu untuk memyembuhkan berbagai penyakit dan boleh di gunakan sebagai campuran kepada minuman harian untuk se isi keluarga yang dapat memberi kesihatan dan kecergasan badan. Madu ini telah disertakan dengan doa-doa mustajab supaya kesan kesembuhan untuk merawat berbagai penyakit sangat mujarab sesuai dengan nama yang diberi.

Insya Allah, ia juga dapat digunakan sebagai penawar kepada penyakit yang bersangkutan dengan sampuk atau gangguan syaitan. Campurlah madu ini dengan air putih suam dan berselawatlah ke atas Rasulullah s.a.w. sebanyak tiga kali, diminum setiap hari tiga kali sehari, diwaktu pagi,  waktu petang 30 minit sebelum masuk waktu Magrib dan waktu malam sebelum tidur dan perbanyakan juga membaca didalam rumah akan surah Yasin dan Ayatul Qursi.

Madu mempunyai Anti Bakteria dan Anti Body yang semulajadi, ia mampu membantu didalam penyembuhan berbagai penyakit kritikal seperti Kanser Usus, Kencing Manis, Darah Tinggi, Lelah atau Sesak Nafas dan sebagai nya.

Madu dapat di gunakan untuk membantu menambah Kecergasan fikiran, Menguatkan tulang, Menguatkan kembali tenaga yang lemah, Membantu merawat Migraine, Sakit Perut, Gangguan Fikiran, Membantu  kesihatan pada kulit badan, membantu untuk Awet Muda, dapat juga diguna untuk memulihkan anak-anak degil dan berbagai lagi kerana mempunyai khasiat yang tersendiri.

Madu Asli berasal dari lebah yang mempunyai berbagai warna seperti kuning, kuning pekat, cokelat, hitam, kehijauwan dan putih, mengikut nektar bungaan yang dihisab oleh lebah tersebut. Madu mempunyai banyak khasiat yang boleh menyembuh banyak penyakit, secara am madu sangat baik untuk  kesihatan badan, penjagaan kulit dan mempunyai kandungan anti-penuaan semulajadi (Awet Muda). Tetapi kalau cepat marah cepat tua.

Ada juga beberapa madu yang mempunyai kandungan yang terlalu pekat keras dan sangat sukar untuk di tuang dan perlu diceduk dengan sudu, ia adalah madu yang bukan asalnya asli tetapi telah di olah menjadi lebih pekat atau telah dicampur dengan sesuatu bahan lain. Madu asli dapat di tuang walau sedikit pekat, madu yang sukar di tuang biasanya telah di olah, seperti membuang atau mengurangi kandungan air atau dicampur dengan bahan pemekat atau lain-lain bahan. Secara logiknya lebah tidak mengeluarkan madu pekat keras seperti itu tetapi manusia lah yang telah mengolah madu tersebut menjadi lebih pekat dari asal madu tersebut. Jikalau lebah tersebut mengeluarkan madu yang keras maka sudah tentu lebah tersebut sangat terseksa atau mati kerana kesakitan, bontot lebah tersebut mungkin jadi bengkak.

Madu hutan atau madu tualang dari negara Asia tidak sepekat madu arab kerana keadaan cuaca yang agak lembab di Asia tenggara ini. biasanya madu hutan liar mengandungi gas yang semulajadi. Biasanya madu jenis ini dianggap belum matang. Madu di Asia tenggara biasanya lebih cair, tidak sepekat madu Arab kerana disebabkan oleh keadaan faktor cuaca. Pada masa sekarang banyak madu yang asalnya dari lebah peliharaan untuk mendapatkan jumlah madu yang banyak kerana madu hutan tidak mudah untuk dicari. Pencari madu hutan terpaksa memanjat pokok yang tinggi, Pencari madu hutan (liar) harus mencari di tempat- tempat baru atau tempat yang belum diterokai oleh mereka. Mereka perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 hingga 4 bulan untuk mengambilnya di tempat yang sama.

Biasanya untuk mendapatkan madu hutan dengan jumlah yang sangat agak sukar untuk di bandingkan dengan madu ternak namun ia bergantung kepada musim. Madu dari lebah ternak tidak perlu mengikut musim. Harga madu lebah ternak agak murah jika dibandingkan dengan madu asli dari hutan, tetapi madu hutan sangat popular dikalangan masyarakat melayu dan orang asli kerana dikatakan lebih berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan dan dapat memberi tambahan tenaga yang lebih baik.

Madu juga mempunyai berbagai rasa iaitu 1) manis dan ada rasa pahit/payau, 2) manis dan sedikit pahit/payau, 3) manis tajam, ada juga madu yang ada rasa haruman mengikut tumbuhan yang ada disekitarnya seperti ladang pokok durian, ladang pohon kelapa, ladang kelapa sawit dan sebagainya.

Madu yang di perkenalkan di website ini ada 4 jenis madu,

1) Al Mujarab Madu Asli Arab (warna cokelat pekat atau cokelat kekuningan) dan 2) Madu Habbatus Sauda (Hitam) yang kedua-duanya dari Mesir (Telah disertakan dengan doa-doa mustajab), 

3) Madu Asli Nusantara adalah madu Asli yang mempunyai kandungan khasiat herba semulajadi, dapat bantu menambah tenaga zahir dan batin. Madu Asli Nusantara juga baik untuk tenaga dan kesuburan suami isteri.

4) Madu Kelapa Asli yang diperkenalkan disini berwarna cerah seperti air kelapa, tidak pekat, mempunyai rasa yang manis buah dan ada rasa haruman kelapa. Madu Kelapa Asli berasal dari lebah-lebah liar dari ladang-ladang kelapa yang luas. Madu ini mempunyai rasa yang berlainan kerana rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan madu arab atau madu-madu yang lain, madu ini juga mempunyai khasiat yang baik untuk pertumbuhan kecergasan otak terutamanya kanak-kanak atau orang-orang yang telah agak berumur. Namun begitu, untuk mendapatkan madu ini agak sukar kerana jumlahnya tidak lah sebanyak madu hutan yang lain. Harga yang ditawarkan oleh pihak kami boleh dikatakan sebagai berpatutan jika dibandingkan dengan kesukaran untuk mencari madu jenis ini dan jumlahnya juga amat terhad. Sememangnya ada madu putih jenis lain yang warnanya seperti susu tetapi mempunyai rasa yang berlainan dan tidak mempunyai rasa kesedapan yang sama seperti Madu Kelapa Asli, madu ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Madu Kelapa Asli yang kami pasarkan juga telah di syifakan untuk lebih memberi kesan yang baik terhadap ketumbuhan akal yang lebih sihat dan cergas selain daripada untuk menambah kesihatan badan. Insya Allah kepada sesiapa yang mengamalkan memakan madu ini setiap hari dengan Bismillah dan selawat Nabi 3x akan mendapatkan kebaikan nya.  

Al Mujarab Madu Asli Arab juga mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi perubatan dan begitu juga dengan Madu Asli Nusantara Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri mengikut kemahuan para pengguna untuk memilih atau disesuaikan dengan keperluan diri mereka.

Semua madu diatas mempunyai berat 500gm sebotol. (Berat madu tidak termasuk keberatan botol) 

Jika anda dapat membuktikan ada madu yang kami jual tidak asli, itu adalah di luar pengetahuan kami dan kami akan memulangkan semula wang anda, ini adalah jaminan kami. Tetapi jika ada pihak yang tertentu cuba buat penganiayaan keatas kami maka kami pula yang akan meminta gantirugi.

-------------------------------------------------------------

** Menguji madu itu asli atau tidak asli:  Simpan didalam peti ais (tempat beku) untuk beberapa jam atau 1 hari.

1) Jika madu tersebut menjadi keras seperti airbatu, ini menunjukan madu tersebut tidak asli (ada campuran air gula, air atau manisan air buah-buahan).

2) Jika madu tersebut hanya keras seperti jelly, jika dicucuk dengan jari masih boleh termasuk, ia menunjukan madu tersebut adalah madu asli walau telah dicampur dengan herba. Madu tidak akan menjadi keras seperti airbatu walau berapa lama ia berada didalam peti ais.

3) Air Gula tidak akan menjadi keras, ia akan tetap kekal cair tetapi menjadi sedikit pekat. Zat nya tidak sama seperti Madu Asli, madu asli akan menjadi pekat keras tetapi bukan seperti airbatu. Masukan jari atau sudu, dengan mudah boleh dicucuk kedalam jika ia adalah madu asli.

4) Madu asli tidak tembus kertas, air gula akan melembabkan permukaan kertas disebelah. Madu Asli tidak ada tarikh tempuh tamat, jika ada maka ia bukan lagi madu asli.

5) Madu asli tidak akan terbakar dengan api, jika terbakar maka ia sebenarnya telah di campur dengan alkohol, perbuatan ini ada berlaku di sebahagian tempat di Indonesia seperti Tanjung Pinang, Batam, dan juga sebahagian madu dari Malaysia, orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini memproses buat madu menggunakan bahan-bahan seperti daripada gula atau manisan buah-buahan, dicampur sedikit ragi atau agar-agar laut.

** Madu yang dikerumuni semut bukan bermakna ia tidak asli kerana madu mengandungi gula semulajadi, jika tertumpah pasti akan ada semut yang datang, antara cepat atau lambat sahaja. Ini telah dipersetujui oleh pakar-pakar mengenai madu asli.

** Berhati-hatilah untuk membeli madu yang terlalu murah harganya, atau menggunakan kaedah lain untuk membuktikan madu mereka itu asli, pastikan yang anda tidak tertipu. Zaman sekarang ramai yang bersongkok atau bersarban tetapi bukan bermakna mereka itu jujur, kadangkala mereka itu lebih besar tipudayanya.

____________________________________________________________________________________________

Senarai kedai yang menjual: >

Madu Asli Nusantara, Madu Kelapa Asli, Al Mujarab Madu Asli Arab dan Madu Habbatus Sauda:-

1) Joo Chiat Complex, Kedai Toko Warisan (dan cawangan)

2) Kedai buku Hj.Hashim

3) KR Trading (Kedai Jamu) Bkt Batok, Blk 374, bersebelahan kedai gunting ramnut Sri Desa.

Al Mujarab Madu Asli Arab (Sahaja)

1) Bukit batok:- (Central) -  Kedai jamu Toko Malim.

2) Bukit Batok Blk 374:- Toko Qulbu Rohani, KR Trading, Toko Warisan.

3) Woodland Central, near Seng Siong market:- Toko Warisan

4) Tampiness - Toko Warisan

____________________________________________________________________

Penghantaran percuma jika membeli dengan minima 2 botol. (S'pore only)