( VCO )                                      Cancer Medication Click Here >>                          Arabic Habbatus Sauda  

Medi-Herbs

ProCure

Habbatus Sauda Ganoderma

Power Water 

Arabic Habbatus Sauda

Lingzhi 50

(VCO) Myk Kelapa Dara

Madu & Madu 

Email:    Tel:  90410134

Shops List

Krim Taming Sari

 

_______________________________________________________________

KUNYIT HITAM
Dikenali sebagai Curcuma Caesia dalam nama sains.
Warna umbi yang jenis biasa adalah seakan biru ungu (Biru hitam gelap - ada 2 jenis) dan ada berbentuk bulatan ditengah umbinya.


Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ramai orang salah sangka antara Kunyit Hitam dengan Temu Hitam dan Lempuyang. Temu hitam mempunyai umbi yang hampir sama warna dalaman nya dengan Kunyit Hitam tetapi saiz Kunyit hitam adalah lebih kecil dan sama saiz sepertimana jenis kunyit-kunyit yang lain.

Temu hitam mempunyai umbi yang besar seperti mana Temu Lawak dan Lempuyang pula mempunyai umbi yang berbentuk seperti Halia dan berwarna lebih kepada ungu gelap. Setiap tumbuhan ini mempunyai khasiat yang berlainan. Jangan anda tertipu oleh perbuatan sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan kepada orang yang kurang faham tentang jenis-jenis tumbuhan perubatan. Ada juga pihak-pihak tertentu yang menjual produk mereka mendakwa menggunakan kunyit hitam tetapi sebenarnya mereka menggunakan Temu Hitam Atau Lempuyang kerana mereka sendiri tidak pasti yang mana satu kunyit hitam.


Antara khasiat kunyit hitam:

-  Membantu merawat ketumbuhan pada sendi
-  Membantu merawat penyakit kusta/ penyakit kulit
-  Merawat kecacingan
-  Menambah selera makan
-  Untuk kecergasan selepas haid dan nifas
-  Merawat sakit perut
-  Merawat penyakit asma
-  untuk mengubat santau atau bisa
-  untuk mengubat kanser payu dara dan kanser rahim
-  Membantu mengubati berbagai penyakit kanser yang lain.

Terdapat 2 jenis kunyit hitam

1. Yang biasa iaitu lebih menjurus kepada perubatan.

2.Warna hitam pekat yang dikatakan dari alam ghaib yang lebih kegunaannya mengikut kata orang sebagai salah satu medium untuk ibu duit dan membuat duit.(Jangan lah terlalu percaya pada benda yang karut marut ini terlalu sangat. Ibu Duit adalah kita,.jika kita berusaha dengan bekerja, kita lah IBU DUIT.) Buatlah kerja yang bersih lagi halal.

Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan pihak tertentu kerana anda akan di tipu. Dia jual sampai harga beribu Dollar tetapi anda dapat apa? Dia yang kaya kerana telah berjaya buat duit daripada anda.

Dakwaan:

Cara menguji (kunyit hitam dari alam Ghaib)

1)  Kunyit hitam yang original paling mudah diuji adalah dengan cara Tanak nasi kemudian contengkan apa bentuk sekali pun di atas tudung periuk nasi, sekiranya nasi yang di tanak berubah menjadi hitam, kunyit hitam itu adalah asli.

2) Kunyit hitam yg asli bila di palitkan pada telapak tangan, lihat la pada sebelahnya juga akan nampak terpalit. Cara nak tau keasliannya, ujilah dengan buluh, jika ianya benar2 kunyit hitam, buluh itu juga akan menjadi hitam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kunyit Hitam selain dari merawat berbagai penyakit kanser, penyakit gatal-gatal kulit dan lain-lain, juga dipercayai dapat menghindarkan daripada perbuatan ilmu sihir.

Kami ada sejumlah Kunyit Hitam jenis biasa (untuk perubatan) dalam simpanan, kami sedia untuk menjualnya jika ada sesiapa yang mahu membeli dengan minima seberat 50gm. (antara 25cm panjang)

Kalau dah beli boleh tanam lah, tetapi kena tunggu 1 atau 2 tahun untuk dapatkan rizom umbi yang matang. Lagi lama ditanam lagi gelap lah warna umbinya dan lebih baik pula khasiatnya.

Ada 2 produk yang menggunakan Kunyit Hitam: Produk kapsul ProCure dan Krim Taming Sari (sangat baik untuk kegunaan berbagai masalah kulit)

Sila hubungi kami untuk anda yang benar-benar berminat untuk mendapatkan sedikit Kunyit Hitam basah ini. Jumlah yang ada dalam simpanan hanya tinggal sedikit sahaja kerana yang lain telahpun diproses dalam bentuk serbuk.