( VCO )                                  Cancer Medication Click Here >>                                      Arabic Habbatus Sauda  

Medi-Herbs

ProCure

Habbatus Sauda Ganoderma

Lingzhi 50

Arabic Habbatus Sauda

Madu & Madu

(VCO) Myk Kelapa Dara

Minyak Wangi

Email:  Tel:  90410134

Shops List

 

Power Water 

Krim Taming Sari

1 Krim untuk semua masaalah kulit

Krim Taming Sari adalah untuk kegunaan berbagai masaalah kulit pada tubuh badan seperti gatal-gatal kerana kuman, ekzema, bengkak, panau, kurap, kudis, gatal ulat air, gatal di kepala, merawat kulit kepala, melebatkan rambut yang jarang, menghilangkan kelumumur, jerawat degil, jeragau dan lain-lain. Ia mengandungi anti-kuman yang semula jadi di dalam kandungan ramuan-ramuan herba.

Krim ini juga boleh digunakan sebagai minyak rambut yang bertindak sebagai ubat kepada masaalah kepala gatal-gatal, sebagai krim muka untuk menghilangkan jerawat atau tumpuk hitam yang telah lama melekat di bahagian muka, gunakan ia setiap malam sebelum tidur. Anda perlu bersabar untuk melihat perubahan nya kerana tanda-tanda hitam kerana bekas jerawat atau kudis tidak mudah untuk hilang tetapi krim ini dapat membantu anda untuk beberapa jangka waktu.

Seseorang yang ada alahan dengan cuaca panas selalunya akan merasa sangat tidak selesa kerana kulit badan akan menjadi lebih gatal, keadaan ini akan bertambah teruk jika diwaktu malam. Kanak-kanak mudah terdedah kepada penyakit kulit kerana ketahanan badan mereka yang masih lemah. Garuan-garuan yang mereka lakukan akan menambah kan lagi pembesaran kawasan kuman tersebut untuk mudah merebak.

Gunakan krim Taming Sari sekerap mungkin, bawa lah krim ini kemana sahaja anda pergi termasuk pergi bercuti keluar negara kerana krim ini akan dapat membantu anda jika mengalami masaalah pada kulit atau mungkin kerana luka, bengkak atau gatal-gatal secara tiba-tiba supaya permegian atau urusan anda sekeluarga terganggu.

Banyak ubatan-ubatan yang ada di kedai-kedai selalunya masih tidak terkesan pada ramai orang tetapi mereka terpaksa menggunakannya untuk sekadar dapat menahan sedikit kegatalan yang mereka alami walaupun kesan tindakbalas ubat tersebut hanya untuk waktu yang singkat.

Apa nak buat, barang murah kesan ubat pun murah, biasanya kita hanya akan cuba mencari ubatan murah walaupun kita tahu ia biasanya tidak membawa banyak kesan kepada masalah kulit kita, apalagi untuk ubat kepala yang selalu mengalami gatal-gatal, membayar harga lebih sedikit tetapi puashati.

Masalah gatal-gatal pada diri seseorang kadangkala nya berlainan dengan seseorang yang lain, ada yang cepat hilang apabila ia gunakan ubatan biasa tetapi ada juga yang mengalami masalah gatal-gatal yang sangat sukar untuk dirawat. Perkara seperti ini kita anggap sebagai tidak keserasian terhadap ubatan tersebut tetapi sebenarnya ia adalah kerana ramuan yang di gunakan tidak cukup kuat untuk bertindakbalas keatas kuman-kuman gatal tersebut.

Krim Taming Sari bertindak secara bertahap, kadangkala mengambil sedikit masa antara 30 minit atau lebih untuk menghilangkan gatal-gatal yang degil pada kulit badan atau kulit kepala tetapi ia dapat bertahan lama dan perlahan-lahan merawat untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Kepada penyakit gatal yang tidak begitu serius adalah mudah untuk dihilangkan. Gunakan ia lebih awal sekiranya anda mahu keluar dari rumah supaya anda tidak tergaru-garu di khalayak ramai kelak.

Gatal Ulat Air selalunya sangat susah untuk sembuh hingga kadangkala mengambil masa berbulan kerana tangan atau kaki yang terkena kuman ini selalunya kerap dibasahi air, ini membuatkan kuman/ulat tersebut aktif dengan lebih cepat walaupun kita sudah menyapu ubat krim yang kitaakan tetapi masih terus merebak. Krim Taming Sari dapat membantu mengatasi masaalah ini kerana ia bertindak serta merta keatas kulit yang pecah kerana kuman ulat air.

Krim Taming Sari ini telah banyak memberi kesan yang sangat baik kepada berbagai masalah kulit, ia sesuai kepada semua peringkat usia. Krim ini juga dapat bertindak dengan sangat berkesan kepada bayi atau kanak-kanak yang selalu mengalami berbagai alahan kuman seperti kulit yang mengelupas, bengkak dan gatal-gatal yang rumit, kudis dan kesakitan kerana gigitan serangga. 

Krim ini juga dapat membantu untuk melebatkan rambut dan menumbuhkan rambut kepala yang botak, ianya berlaku setelah kulit kepala tersebut dirawat setiap hari bagi membunuh kuman yang ada di kepala, memberi semula kesuburan pada kulit luaran dan dalaman. Pengguna harus bersabar kerana tidak mudah bagi kulit kepala yang boleh disifatkan sebagai sudah mati untuk menumbuhkan semula akar rerambut. Menghilangkan gatal-gatal di kulit juga bukan sesuatu yang mudah kerana tidak semua ubat krim dapat sesuai untuk seseorang itu.

Semoga Dengan membaca Basmallah ketika mahu menggunakan krim ini, dapat memberi kesembuhan dan kesan yang anda harapkan. Kami hanya berusaha, Tuhan juga yang menyembuhkan.